
Salam Aidil Adha utk tahun hijrah 1431....
Agak lama Cik Mar membiarkan blog ni...sungguh terbiar...sian marlinzone. Anyway, now i'm back on track to update my blog. Tahun ni, raya Haji saya ... hanya terperap kat umah jer...not so interesting. Sbb penat balik dari Sri Lanka, x abis lagi. Baju pun baru abis dibasuh. Then, Cik Mar dh start keje pulak tu.
But this Hajj Festive, I want to talk about sacrifice....Mungkin ramai menceritakan pelbagai erti pengorbanan yg mereka alami atau fahami. In my opinion, when come to sacrifice...it takes a lot of courage and patience.
Selalu terdetik di hati "Asyik2 aku je yg kene buat tu, buat ni" atau "Selalunya, aku jer yg nak jaga hati dan perasaan org lain, diorang tak jaga pun hati dan perasaan aku ni."
Kadang-kadang...oppss..not kadang2, SELALUNYA manusia memang begitu. So, siapa saja pada situasi ini tidak menjadikan pengorbanan itu satu rasa keikhlasan dalam melakukannya, mereka akan kerap merungut. Sesungguhnya, Allah tidak suka pada hambaNya yang byk merungut. Apabila sentiasa kita merungut, menunjukkan kita melakukan atau berkata sesuatu bukan datang dari hati yg penuh keikhlasan.
Dalam melakukan pengorbanan, kita perlu ada ikhlas dlm hati. Barulah pengorbanan yg kita lakukan itu, tinggi nilainya di sisi Allah S.W.T. Seperti pengorbanan yg dilakukan oleh Nabi Muhammad S.A.W dan juga para Sahabat Nabi dalam menegakkan syiar Islam diserata pelusuk dunia pd masa itu.
Seperti pengorbanan Nabi Ibrahim, Nabi Ismail dan bondanya Siti Hajar. Siti Hajar ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim, suaminya di padang pasir bersama dengan anak kecilnya iaitu Nabi Ismail dlm keadaan tiada tempat teduh dan punca air. Semuanya atas suruhan Allah S.W.T. Berlari lah Siti Hajar ...dari safa ke marwah..lantas terbit lah mata air itu dengan izin Allah di atas ketabahan dan kesabaran serta pengorbanan Siti Hajar utk memberi anaknya minum.
Contoh pengorbanan yg paling dekat adalah ibu, bapa dan keluarga. Pengorbanan ibu utk anak2 nya sungguh tidak ternilai utk dibalas. Ibu sentiasa mendahulukan keperluan keluarga dan mengorbankan keperluan dirinya sendiri.
Sesungguhnya, pengorbanan yg dilakukan bukan utk dicanang-canangkan atau meminta utk dinilai serta dibalas. Akan tetapi ianya utk memberi sesuatu dgn penuh keikhlasan supaya membuat org lain bergembira.
Itulah ia, betapa besarnya pengorbanan ini. Adakah kawan2 semua sudah byk berkorban utk ibu, bapa, keluarga dan rakan2 yg byk membantu kamu selama ini? jadi mari kita renung2 kan lah..bukan merungut sakan.
Insya Allah, segalanya akan diberi ganjaran pd masa yg akan dtg dalam masa dan ruang yg telah ditentukanNya. Amin.
No comments:
Post a Comment